Thursday, September 19, 2013

Sayang Mama Babah

suatu hari dulu nalin mungkin seorang anak yang cukup terkenal dalam family dengan kedegilannya.
 Senang cerita anak yang paling banyak buat mama ngan babah pening kepala la.
Sehingga sekarang, nalin masih memeningkan mama. terutama dalam bab rumahtangga.
Sabar la hai hati.
Biar la mama membebel. Biar la mama bising. Tapi pada nalin, nalin rasa apa yang nalin buat ni betul.
Maaf ye ma.
 Nalin tak samai hati untuk tinggalkan mama dengan babah berdua je kat rumah tu
bila nak balik kampung, babah dah xlarat nak drive kereta jauh-jauh.
 Bila nalin ada kat rumah, nalin boleh bawa kereta bila mama dengan babah nak pergi mana-mana.
Kemas rumah.walaupun nalin tak mampu nak kemas rumah macamana mama kemas. bila nalin cuti hujung minggu nalin boleh kemas.
Ma, memang owang macam xde perasaan.
Tapi hakikatnya owang je tau betapa sakit hati ni bila mama dengan babah ngadu mama ngan babah tak sihat, sakit.
Ma, bukan owang xnak duduk dengan suami.
Tapi biar la begini. Insyaallah suatu hari nanti anak mama ni akan duduk dipangkuan suami dia.
Tapi, buat masa ni. Buat masa ada hayat mama dengan babah, biar la orang duduk kat rumah ni. walau tak banyak boleh membantu, sekurang-kurannya ada la yang dibantu dari tak ada..
Cuma satu je owang minta, doakan dia mampu bersabar dan tunggu owang.
Tapi andai dia tak mampu untuk sabar dan tunggu, owang redha dan ikhlas biarkan dia kawen dengan orang lain ma.
Sebab orang percaya, setiap apa yang Allah aturkan tu pasti ada hikmahnya.
Cuma cepat dan lambat je owang dan kita akan nampak.

1 comment:

Suria Lekatlekitgurl said...

sampai masa.. bertemu jodoh jugak. Insya Allah.. terus berbakti pada mak ayah selagi mereka ada

KOMEN PELAWAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...