Assalamualaikum..
dan
salam sejahtera
Lately ni aku sgt bz ngn tugasan2 sbg seorg student. emm. menghampiri penghujung semester pelbagai dugaan cabaran semakin menghimpit yang memerlukan aku byk bersabar dan bijak mengawal keadaan. ok, entry kali ni bukan nak bercerita mengenai aku. Dalam byk2 lect aku sem ni, ada sowang lect yg kerap suka memberikan tazkirah pada kami. sentiasa mengingatkan kami kepada NYA. Terima kasih puan.
So, utk last tazkirahnya, dia pesan pada kami utk kerap melakukan solat Dhua.. Kerana solat Dhuha ini dikatakan sebagai amalan pembuka rezeki. satu amalan yang perlu dilakukan. senang dan sangat cantik. actualy kakak aku pun slalu pesan. dan aku sendiri pun tau byk nye kebaikan dan fadhilat melakukan solat sunat dhuha ni. cuma... emmm aku ni kan rajin. pemalas
entry kali ni aku akan berkongsi mengenai solat sunat dhu. coz, hbs je klas ada yg bertanya mengenai solat dhuha. dan jgn terkejut, still masih ada yang xtau apa tu solat sunat dhuha.
Apa tu solat Dhuha?
Satu amalan Solat Sunat yang dilakukan diwaktu pagi (waktunya sesudah matahari terbut sehingga matahari di tengak). lebih kurang dari jam 8 pagi sehingga 12tghari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Bilangan Rakaat : 2-8 (Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat)
Bacaan: Tidak diwajibkan membaca surah2 tertentu didalam rakaan tersebut. Cuma kebiasaanya yang dilakukan para ulama ialah pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan surah Asy-Syams atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
(sumber:Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS)
Niat Solat Sunat Dhuha:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Doa:
Mohon la pada Allah dimurahkan rezeki kita dan berkatila smeua kerja kita.
Doa lah.. Minta lah.. dan mengadulah apa sahaja padaNYA.
hanya kepada dia tempat kita mengadu dan meminta.
nak cantik dan mantapkan lagi amalan kita, bacalah doa ini sesudah menunaikan solat dhuha:
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

sumber : permai 1
ni nalin pastekan doa Dhuha dr kumpulan UNIC
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
No comments:
Post a Comment