Friday, March 18, 2011

Mizz Nina & Noh Hujan nikah 1 Julai 2011

Memilih tanggal 1 Julai 2011 sebagai tarikh pernikahan, Mizz Nina & Noh Hujan mempunyai masa kurang daripada  dua bulan untuk membuat persiapan perkahwinan.

Biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya, Mizz Nina mengakui dia dan Noh tetap meluangkan masa untuk duduk berbincang mengenai hal perkahwinan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya.

Akan dinikahkan pada 1 Julai tahun ini, Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis resepsi iaitu pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-la, yang dibuat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan para media dan pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh di sana.
Menggunakan khidmat pereka fesyen yang selalu bekerjasama dengan keluarganya, Lady Jane untuk semua busana di kesemua majlis perkahwinannya, Mizz Nina mengakui semakin berdebar menanti kedatangan hari bahagianya itu.




   

"Saya agak panik bila memikirkan tarikh majlis yang semakin hampir dan kami masih ke sana-sini untuk menyediakan persiapan. Memang saya gunakan khidmat perancangan perkahwinan, tetapi saya tetap memantau dan mahu mengetahui setiap perjalanan persiapan yang mereka lakukan.
"Setakat ini, persiapan untuk pakaian, tempat dan borang-borang untuk nikah sudah pun selesai diuruskan, hanya beberapa perkara yang masih dalam proses.

"Untuk resepsi pertama, saya pilih tema tradisonal berwarna ungu, manakala resepsi kedua kami akan mengambil konsep Jepun supaya ia nampak lebih santai. Saya dan Noh sukakan barangan Jepun, jadi kami gunakan alasan itu untuk dijadikan tema untuk resepsi kami bersama rakan-rakan dan media. Resepsi di Miri diuruskan oleh Noh dan kakaknya, jadi saya masih tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka.

untuk membaca lebih: MANGGAONLINE 

P/S: tahniah pd pasangan hirman dan aishah yang telah bernikah pada sabtu lalu. pada yg yang bakal melangsungkan majlis minggu ni.. tahniah juga pada kalian. nalin doakna kalian sentiasa berbahagia bersama pasangan dan berkekalan sehingga akhir hayat. amin


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...