ok.. ni samb dr pos nalin y lepas menyenai solat jumaat. tapi kali ni nalin nk kongsi pengalaman seorang wanita y menggunakan id ummi munaliza di halaqah.net. Ingin berkongsi pengalaman ketika ummi ni berada di Tanah Haram Makkah dan Madinah. kata ummi setiap waktu sebaik azan dilaungkan,semua peniaga akan berhenti meniaga dan mengarahkan pelanggan keluar dari premis mereka.
Walaupun saling tidak pandai berkomunikasi,cukup satu perkataan,semua orang faham. "As-solah...As-solah". Pelanggan akan keluar dari premis dan bergerak menuju ke masjid berhampiran. Sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, terdapat banyak masjid dibina berhampiran antara satu sama lain. Kebanyakkan lelaki akan bersolat berjemaah.
Sekiranya belum sempat sampai ke masjid, takbiratulihram imam telah kedengaran, dan merasa jika meneruskan perjalanan ke masjid tidak akan sempat solat berjemaah,mereka akan hampar sahaja tikar di jalan raya dan bersolat di situ.
Semasa di Madinah, hotel penginapan hanya 50 m jaraknya dari Masjid Nabawi. Kebetulan beberapa hari di Madinah masih uzur syarie. Walaupun begitu, ummi tetap bangun awal dan turun ke tingkat Mezannine (selalu tingkat ini adalah ruang cafe/makan). Ummi suka duduk di ruang ini diwaktu subuh sebab kedudukan nya yang menghadap masjid Nabawi, dapat melihat masjid dan mendengar bacaan imam dengan jelas.
Hari pertama ummi masuk ruangan ini,pekerja melarang ummi menyalakan lampu, katanya "nanti polis datang,kerana dilarang berurus niaga waktu solat walaupun menghidangkan makanan." Rupanya mana-mana hotel memang dilarang menyalakan lampu di ruang cafe ketika solat maghrib,isya dan subuh. Kalau ruangan ini terang, akan ada polis datang memeriksa.
Jadi, di Tanah Haram ini berurus niaga bukan sahaja dilarang ketika waktu solat Jumaat, diwaktu solat 5 waktu juga dilarang sama sekali.
Friday, December 24, 2010
Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat-part 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AKTIVITI
aktiviti blog
artikel dan semasa
Azanis
BABIES BLINK
BANJIR
BELOW RM200
BELOW RM50
Beuty
Beuty Umaira
cetusan rasa luahan hati
cinta
CMD
daftar blog
Doa
EMILAY
enjin carian
google
hobi
JIHAN
Kak Ton
KAWAII
keagamaan
keindahan Alam
Kek Keju Meleleh Chef Sanif
KENANGAN
KESIHATAN
KORD GITAR
lawak n klakor
LIRIK DAN LAGU
MISI KEMANUSIAAN
Murah
MZ
NICE PICTURE
ORIGINAL
panas-panas gossip
parut
pelik or tah la
persahabatan
Pretzel
program
Promosi
pujangga
radiance
sajak
SALE
SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN
SUKARELAWAN
super slim shape
TAH PAPE TAH
tips-tips
tutorial
unik
UNIKL CARE
urusniaga
No comments:
Post a Comment