Friday, December 24, 2010

Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat-part 1

SALAM assalammualaikum buat semua saudara y beragama Isalam dan salam sejahtera nalin ucapkan rakan2 y nan-muslim.. semoga kalian sentiasa mendapat keberkatan Allah dan sentiasa ceria..

mcm biasa nalin membaca dr penulisan org lain. dan nalin rasa ia satu benda y ptt dikongsi. so, kali ni nalin nak berkongsi mengenai urusan semasa solat jumaat.

Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y. Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N. Sembilan) seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya , restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s. w. t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

menyentuh bab solat jumaat ni, teringin nalin nak mengingatkan kepada mereka yang terlupe... meninggalkan barangsiapa meninggalkan Solat Jumaat 3 kali berturut2 dianggap munafik dan membelakangkan islam...

Baginda bersabda:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munafiq.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

*nalin bukan seorang y sempurna. nalin juga sedang cuba membaiki diri. byk salah dan silap y pnh nalin lakukan. sama-sama la kita berkongsi sedikit ilmu utk pedoman diri sendiri dan org lain

p/s: sumber: http://halaqah.net

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...