semalam sy ke pasar malam. hajat hati nak teman adik suhilah g cari tudung. jalan punya jalan kat pasar mlm tu terpandang satu stall ni. waaahh.. lense pun ada jual kat pasar mlm. huhuhu..
tergerak la kat ati ni nak berkongsi ngn sahabat-sahabat mengenai lense.
Lately ni banyak sangat lambakan kanta sentuh murah yang boleh didapti pasaran terutamanya yang boleh di order melalui internet dgn harga y sgt murah. satu set lense leh didapati ngn range harga antara RM27-RM40. Tapi, tau tak risikonya terhadap mata?. Byk penjual mengatakan ia merupakan kanta lekap yang di import dari Korea, tetapi betulkah kanta sentuh ini di import dari korea dengan harga yang begitu murah?. Kalau btl, apakah ia selamat utk kita pkai?
Sebenarnya murah dan mahal bergantung kepada pilihan pengguna tetapi pada akta yang sebetulnya kanta sentuh ini hanya boleh di priskripsi atas nasihat Doktor dan Optometris. Pernahkah pengguna yang di luar sana melakukan pemeriksaan kesihatan mata samada, mata anda sesuai pakai kanta sentuh yang macamana. Ini kerana ada sesetengah orang yang tidak sesuai dan tidak di galakkan memakai kanta sentuh, terutamanya mereka yang memakai kanta sentuh melebihi had masa dan melebihi tempoh penggunaan kanta sentuh, contohnya kanta sentuh biasa di nasihatkat pemakaiannya 8 jam sahaja tetapi ia memaki selama 12 jam ataupun kanta sentuh tersebut untuk sebulan sahaja tetapi ia memakai selama 3 bulan.
Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
“Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
“Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
sumber Kosmo
Mungkin kesan buruk daripada pemakaian yang tidak sihat akan menyebabkan mata anda rasa selesa sehari dua, akan tetapi untuk kesan jangka masa panjang memang boleh mendatangkan kemudaratan dan ada sesetengah kes pemakai kanta sentuh menjadi buta. Oleh itu pemakaian kanta sentuh dengan nasihat Doktor atau Optometris amat penting, dan pembelian kanta sentuh warna melalui internet perlulah di sekat bagi mengelakkan masalah mata yang serius. Ini kerana pembelian tanpa nasihat dan konsultansi yang betul boleh menyebabkan masalah yang berkaitan mata akan meningkat.
Wednesday, October 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AKTIVITI
aktiviti blog
artikel dan semasa
Azanis
BABIES BLINK
BANJIR
BELOW RM200
BELOW RM50
Beuty
Beuty Umaira
cetusan rasa luahan hati
cinta
CMD
daftar blog
Doa
EMILAY
enjin carian
google
hobi
JIHAN
Kak Ton
KAWAII
keagamaan
keindahan Alam
Kek Keju Meleleh Chef Sanif
KENANGAN
KESIHATAN
KORD GITAR
lawak n klakor
LIRIK DAN LAGU
MISI KEMANUSIAAN
Murah
MZ
NICE PICTURE
ORIGINAL
panas-panas gossip
parut
pelik or tah la
persahabatan
Pretzel
program
Promosi
pujangga
radiance
sajak
SALE
SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN
SUKARELAWAN
super slim shape
TAH PAPE TAH
tips-tips
tutorial
unik
UNIKL CARE
urusniaga
No comments:
Post a Comment