Wednesday, October 27, 2010

BAHAYA LENSE MURAH??? bahagian 2



Pelbagai penyakit yang blh didapti dr penggunaan lense. terutamanya lense yang murah dan lense yang tidak dpt pengiktiran penggunaan selamat.
Antara masalah yang kerap dihadapi ialah konjuktivitis papilari dan ulser kornea (jangkitan bakteria) menyebabkan mata merah, sakit, berair dan mengehadkan penglihatan.

Ada juga yang mengalami masalah sensitif, menyebabkan mata menjadi merah, rengsa dan mengalami kesukaran membuka mata setiap kali memakai kanta lekap.

Ramai juga mengalami masalah kehadiran protein pada kanta lekap. Akibatnya mata pengguna akan berasa tidak selesa dan gatal apabila memakai kanta lekap. Jika masalah ini berlaku, bermakna tiba masa anda menukar kanta lekap yang baru.

Namun masalah paling ditakuti ialah jangkitan bakteria keratitis. Pesakit yang mengalami jangkitan biasanya mengadu mata menjadi sakit, sensitif terhadap cahaya, berair, bernanah dan pandangan kabur sejurus selepas dijangkiti.

Jangkitan ini dilaporkan berlaku di Singapura dan Hong Kong baru-baru ini. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Asia Tenggara Baush & Lomb, Foo Eng Chuan, berkata ia disifatkan masalah terpencil dan boleh dielakkan dengan amalan penjagaan kanta mata yang baik.

Katanya pada sidang media menjelaskan masalah berkenaan, setiap pengguna kanta lekap sebenarnya bertanggungjawab terhadap kesihatan mata mereka. Ia boleh dicapai dengan mematuhi amalan penjagaan seperti tertera pada label larutan kanta lekap dan membasuh tangan hingga bersih sebelum mengendalikannya (memakai atau menanggalkan).

Walaupun kanta yang anda gunakan adalah untuk pemakaian jangka masa panjang, ada baiknya jika ia turut dibersihkan setiap hari. Kanta lekap perlu dicuci dan dibilas dengan larutan isotonik steril untuk menyingkirkan bahan yang terkumpul seperti deposit lemak pada permukaan kanta.

Kaedah penyah-pencemaran ini juga berbeza mengikut jenis larutan yang anda beli. Tidak kira apa jenama digunakan, yang penting ialah mematuhi arahan seperti tertulis pada label, terutama waktu minimum untuk merendam dalam larutan penyah-pencemaran.

Bagaimanapun kini kebanyakan pengeluar kini menghasilkan larutan pelbagai guna — yang boleh digunakan untuk semua proses bermula daripada mencuci, membilas dan menyah-pencemaran bakteria.

Larutan ini juga boleh membantu mengelakkan pengumpulan deposit protein pada permukaan kanta.

Secara umumnya beberapa langkah perlu diamalkan pengguna kanta lekap, iaitu:

1.Mematuhi arahan dan kaedah pembersihan kanta lekap seperti disarankan doktor mata atau pengamal perubatan mata.

2.Pastikan kanta lekap direndam dalam larutan penyah pencemaran sekurang-kurangnya empat jam. Ingat, larutan isotonik steril atau titis mata tidak bertindak mencegah jangkitan bakteria atau fungus.

3.Buang larutan yang digunakan. Larutan ini (walaupun ia larutan pelbagai guna) hanya boleh digunakan sekali. Jangan gunakan semula larutan yang sudah dipakai.

4.Pilih jenama yang boleh dipercayai.

Walaupun anda menggunakan larutan yang mendakwa tidak memerlukan kanta lekap digosok, pengguna disaran menggosok dan membersihkan kanta lekap dengan larutan penyah-pencemaran beberapa minit sebelum disimpan. Ia sebagai langkah berjaga-jaga.
Tutup botol larutan setiap kali selepas digunakan.
Bersihkan bekas penyimpan kanta lekap setiap hari dan keringkan sebelum digunakan semula.

Namun paling penting ialah, jika masalah mata berlarutan walaupun semua langkah penjagaan dipatuhi, segera jalani pemeriksaan supaya penglihatan tidak terganggu.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...