Friday, August 20, 2010

Generasi muda raih nikmat transformasi

2010/08/20
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata generasi muda kini adalah kumpulan sasaran yang akan mendapat manfaat daripada perubahan dan transformasi yang diperjuangkan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, faedah yang dihasilkan menerusi pelbagai usaha kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Rancangan Malaysia Ke-10 akan membolehkan generasi muda menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat paling besar bukan yang sudah berumur atau yang sedang bekerja, tetapi mereka yang bakal menjadi pemimpin dan profesional, katanya pada majlis berbuka puasa bersama Naib Canselor institusi pengajian tinggi dan pemimpin pelajar di Seri Perdana, di sini semalam yang turut dihadiri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib berkata, kerajaan berazam terus memperjuangkan perubahan dan meninggalkan negara yang lebih baik kepada generasi muda berbanding apa yang diwarisi pemimpin pada hari ini daripada pimpinan negara terdahulu.

"Sebab itu, kita tidak putus-putus melakukan perubahan kerana saya tidak percaya kepada status quo melainkan status quo yang baik kepada kita atau mengekalkan kedudukan kecuali apa yang sedang dibuat adalah baik untuk dikekalkan, katanya.

Najib berkata hasil transformasi yang diusahakan kerajaan hari ini membolehkan Malaysia muncul dalam kelompok 10 negara paling kompetitif di dunia.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya tidak mudah berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai pada masa ini, sebaliknya terus berusaha untuk maju pada masa depan.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...