Tuesday, July 31, 2012

SURAT PERLETAKAN JAWATAN/ RESIGN LETTER

Sebenarnya aku ni baru je masuk keje kat MATRADE ni. Xsmpai sebulan lagi. Tapi disebabkan aku dh dapat offer lain. Dengan jawatan yang lebih menjamin so aku pun amik keputusan tu resign berhenti.
Ni aku kongsikan bersama cara-cara untuk wat resign letter atau bahasa melayu nya surat perletakan atau surat berhenti. Diharapkan surat aku ni leh membantu korang-korang yang memerlukan. (kebanyakan maklumat peribadi telah diubah ye) Kita memohon kerja secara beradab dan sopan. Berhenti pun mestila secara beradab dan sopan ye. Jangan cabut je.



Nabilah Ahmad
No123, Lorong 2,
Kampung Tiga,
12345 Kuala Lumpur
____________________________________________________________

Pegawai Sumber Manusia
Menara MATRADE,
Jalan Khidmat Usaha,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur,

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Perkara di atas dirujuk. Saya Nabilah Ahmad memangku jawatan Penolong Pegawai Ekonomi, E27 (Sambilan) di syarikat tuan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 6 Ogos 2012. Sehubungan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa diberikan syarikat tuan.

2. Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas syarikat tuan, dan saya amat berterima kasih di atas tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

3. Dengan ini, saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam permohonan ini. Sekian, Terima kasih.


Yang Benar



(Nabilah Ahmad)
Penolong Pegawai Ekonomi
Bahagian Pembangunan Pengeksport

u/p: Pn. Roslina Long
Pengurus Kanan (E48), BPP



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...