Friday, February 17, 2012

KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK

Salam alam sekitar!!
 Hehehe.. budget2 pencinta alam sekitar kan.. ahaks..
ok.. kali ni post nalin ni nk tujukan kepada rakan-rakan pencinta alam sekitar,

Anda dijemput ke majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Minyak Masak yang dijalankan oleh SIG Alam Sekitar (SIGAS).

Butiran program:

Tarikh dan hari: 18 Feb 2012, Sabtu
Waktu: 9 pg - 2.30 ptg
Tempat: Yayasan Salam Malaysia

Antara objektif kempen ini diadakan:

• Mewujudkan kesedaran umum akan kepentingan menjaga alam sekitar.
• Kebersihan sistem pembentungan kawasan kediaman terjamin bagi mengelak sebarang wabak penyakit.
• Menguasai pasaran HALAL sisa minyak masak untuk digunapakai sebagai produk Biodiesel.
• Mengukuhkan institusi masyarakat secara tidak langsung dalam program amal yang dianjurkan YAYASAN SALAM MALAYSIA.
• Mencari dana asas kepada rumah-rumah kebajikan yang berminat menjana pendapatan melalui aktiviti kitar semula sisa minyak masak.

Anda digalakkan untuk membawa sisa minyak masak yang telah dikumpulkan pada hari tersebut. Sisa minyak masak ini boleh dikumpulkan di dalam botol air mineral 1.5L atau 5L.

Jika korang berminat untuk memberikan sumbangan bagi merancakkan kempen ini, sangatlah dialu-alukan.

Jadi rakan-rakan, ayuh mari kita bersama merancakkan kempen ini!! Ajak rakan-rakan anda, ahli keluarga anda untuk turut serta bersama kami!! 

Jumpa di sana ye !

Menjana Perubahan Bermakna

SIGAS
~Our Nature Our Future~

kat bawah ni nalin attachkan skali brochure 

klik tuk paparan lebih gemuk besar









1 comment:

Anonymous said...

My brother recommended I would possibly like this web site.
He used to be entirely right. This put up actually made my
day. You can not believe simply how a lot time I had spent for this information!

Thank you!
Also visit my site - Hainan Airlines

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...