Sunday, January 01, 2012

KEMENANGAN YANG TIDAK DISANGKA

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
DAN SALAM TAHUN BARU 2012

Nalin doakan dengan bermulanya tahun baru ni nalin dan kalian akan lebih berjaya dalam hidup dan mendapat kehidupan yang lebih baik dr tahun2 sebelum ni. Kerana kita tidak boleh ubah masa lepas, yg berlalu tlh brlalu. namun kita blh buat pilihan utk mengubah masa hadapan. [berfalsafah bagai ni nape]

ok, entry kali ni xde la cite yang baru kan.. actually cerita ni cerita bulan lepas.. hehehe.. waktu aku ngh final xm bulan 11 hari tu aku telah dipaksa  rela oleh one of lecture aku ni tuk masuk satu pertandingan sajak semperna Hari Kualiti kat poli aku.

Dah la masa tu ngh final xm ok.. lau topik yang dia bg tuk wat sajak2 tu topik2 yg jiwang ke.. atau bebas ke xpe juga ini idak.. hami ko dia bg aku tajuk PENDIDIKAN BERINOVASI MODAL INSAN BERKUALITI. 

so.. aku summit gak la sajak tu. walaupun aku wat sajak tu dlm masa xsmpai sejam. [credit to cik sarni coz temankan aku wat sajak ni]. 

pas dh summit tu mmg xmembayangkan terfikir langsung aku nk menang ke apa ke. bila dh start sem baru, tetibe lecture aku tu suh dtg jumpa dia amik hadiah. dia kate aku menang beb pertandingan tu. tempat kedua ag.. hahaha... cam xcaya.


nak baca sajak aku tu? 
nah:

Graduan
Kerana kau modal insan
matlamat ditetapkan
Keazaman didakapkan
Inovasi di taburkan
Agar graduan dilahirkan
Hanya Graduan cemerlang
Hanya graduan gemilang
Yang lahir dr benih si ibu pendidikan
Berbekalkan inovasi si bapa teknologi kemahiran

Graduan
Kau graduan modal insan berinovasi
Didalam dada sarati dengan intipati
Pergunaan ilmu lambang peribadi
Menyusuri dan mengharungi
Liku kehidupan yang bersegi
Kerana kau pemacu inovasi pemandu teknologi

Graduan
Hidup ini ladang juang maha hebat maha gawat
Hidup ini payah, tenunan gundah untaian resah
Jangan sekali kau berkalih
Jangan sekali kau menoleh
Sekali kau melangkah
Bukan pilihan tapi keperluan
Demi pembangunan dan kemajuan
Negara Malaysia yang kau pertaruhkan.




2 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...