Alhamdulillah, setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa buat pertama kalinya dalam bulan puasa kali ni family aku dapat berkumpul tuk berbuka puasa sama-sama. seronok sgt. Family aku ni payah sikit nk berkumpul. masing-masing sibuk kerja. family aku rata-rata bukan bekerja mengikut office hour. semua jenis yang on call. huhuhu.. nak wat cam ne. ini la keluarga bahagia aku.
tapi serius, aku bersykur sgt sbb masih berkesempatan berkumpul. lagi2 dh dekat nk raya ni. alhamdulillah. masih ada kesempatan utk keluarga aku merasa berbuka bersma. tapi dalam aku bergembira, masih ada kisah duka pada hari ini.
Maid abg aku anaknya telah meninggal dunia tadi.budak tu baru je umur 10 tahun. Ya Allah, besar dugaan KAU buat dia. dh la terpisah jauh dr anak dia. demi mencari rezeki, anak dia kena tinggal dirumah anak yatin di Aceh. Dia dtg Malaysia utk cari rezeki buat anak dia. hari ini KAU telah membawanya kembali ke sisimu. Semoga dia di tempatkan di tempat2 org yang soleh dan bertaqwa.
pada bibik, semoga tabah dna kuatkan semangat. Pada abg aku, terima kasih sbb jadi majikan yang baik. Tapi kita nk buat mcmane, flight hari ni xde. yang dapat pun sok. xpe bang... kita dh berusaha. kalau dekat, dalam Malaysia ni kita leh antakan. ni jauh. seberang lautan sana.
Pada mereka yang nak pulang ke kampung atau ke mana sahaja destinasi pada cuti lebaran ni, pandu cermat. banyakkan bersabar ketika memandu. pandu cermat. jiwa selamat.
dan akhir sekali, saya mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN
No comments:
Post a Comment