ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA PEMBACA YG SUDI MENJENGAH BLOG NALIN NI..
dikesempatan ini nalin nak mengucapkan kepada ibu-ibu, isteri-isteri, kakak dan adik yang bergelar wanita,
dikesempatan ini nalin nak mengucapkan kepada ibu-ibu, isteri-isteri, kakak dan adik yang bergelar wanita,
SELAMAT HARI WANITA
semperna hari yang diraikan utk kita sebagai wanita ni. bersama2 la kita memartabatkan diri kita sebagai wanita. pada mereka yg mempunyai kisah silam yg gelap biarkan ia berlalu. jadikan ia satu pengalaman dan pengajaran buat kita untuk membina sebuah kehidpuan yang baru. satu kehidpuan yang lebih baik. setiap manusia melakukan kesilapan. Tapi dengan kesilapan itu la yg buat tersedar untuk berubah.
berikut nalin sertakan bersama anilisa yang dibuat oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni. (pada mereka yg belum berkahwin atau bakal berkahwin pun ptt membaca. kerana anda juga bakal menjadi ibu dan isteri suatu hari nanti)
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
* Membersihkan hati dan pemikiran.
* Membina kebahagiaan secara proaktif.
* Mendidik diri sendiri.
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan
al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf
(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan.
* Muhasabah diri.
Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mentaliaitu:-
1) Positif terhadap perubahan.
2) Positif terhadap diri sendiri.
3) Positif terhadap kepimpinan.
4) Positif terhadap masalah.
5) Positif terhadap orang lain.
6) Positif terhadap keadaan emosi.
7) Positif terhadap idea kreatif.
8) Positif terhadap membuat keputusan.
9) Positif terhadap qada’ dan qadar.
Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Diantaranya :-
- Analisis diri daripada pandangan anak.
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
- Bercakap benar.
- Kotakan kata-kata.
- Didik anak mengenai kemahiran sosial.
- Gunakan masa jitu untuk mengajar.
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
- Melatih anak berfikir.
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga.
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat.
*Mendisiplinkan anak-anak.
*Kawan atau sahabat.
*Penyelesai masalah.
*Merangsang perkembangan mental anak-anak.
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
*Model pada anak-anak.
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
*Mengawal ekonomi rumah tangga.
*Menjaga harta suami dan keluarga.
Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
5) Mendidik anak berdikari.
6) Mempunyai nilai diri tinggi.
7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
8) Bertindak secara jamaah.
9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
p/s: jgn kita mengutuk org yg kita nampak dia jahat atau buruk. mungkin disatu hari Allah bg dia hidayah, dia akan menjadi lebih baik dr kita. siapa tahu.. Hanya DIA Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment