Wednesday, February 16, 2011

BIASAKAN MENGAMAL

assalamalaikum buat semua pembaca dan mereka yg dtg singgah kat blog nalin yg xseberapa ni. dah agak lama juga nalin tak post entry mengenai doa dan amalan kan. kali ni nalin post mengenai satu amalan yg Alhamdulillah nalin amalkan dr zaman sekolah lagi.

jom sama-sama kita amalkan ayat seribu dinar ni:



ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah. 





baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

pada sahabat2 yang nak download ayat SERIBU DINAR ni boleh KLIK sini

P/S : Ia sangat baik utk diamalkan berdasarkan kepada apa yg diajarkan oleh para ulama'. Tapi janganlah beramal untuk khasiat2nya saja. Khasiat dan kelebihan2nya tu takkan kita dapat melainkan apabila dibaca ikhlas hanya kerana ALlah Ta'ala. Wallahu A'lam

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...