Assalammualaikum n salam sejahtera. alhamdulillah nalin dh hbs final.. doakan la nalin dpt result ya baik ye sahabat sekalian. :)
ok, hari ni nalin nak cerita pasal pemakaian cincin.. emmm.. mcm2 cara kita tgk org pkai cincin. smpai kan kat jari ibu pun ada.. sebenarnya kan, ada cara pemakaian cincin y sebenar.. iku sunnah nabi. jgn main ikut suka jew..
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
NAsihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali (kw) sesudah Saidina Ali berkahwin dgn Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda. Nabi Muhammad berpesan kpd Saidina Ali iaitu ;
kalau memakai cincin pakailah di jari
i) jari manis
ii) jari kalingking (anak jari)
dan jgn memakai cincin pada jari
i) tengah
ii) jari telunjuk
Perhatian!
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
p/s: ni ada sedikit info nalin nak berkongsi dgn para sahabat
NABI MEMAKAI CINCIN
Adalah Nabi kita Muhammad S.A.W berminat juga memakai cincin.
Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk sahaja.
Terkadang dipakainya satu sahaja,
terkadang di tangan kanan dan ada kalanya di tangan kiri.
Ini amat berlainan sekali dengan orang di zaman kita ini,
di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin.
Wah jauh sekali perbezaannya ya?
Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik.
Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas.
Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.
Dan lagi adalah Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri,
dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri.
Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu,
dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu,
bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Ertinya:
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya,
adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad,
kedua Rasul dan ketiga Allah.
Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi,
bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah,
sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari,
kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut.
Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.
KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W
Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya,
adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya,
kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA,
kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA,
kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA,
dipakai oleh Sayyidina Usman RA.
Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun,
kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu.
Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu,
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi.
Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya,
kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya,
maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
Maka sejenak dari hilangnya cincin Nabi itu,
keadaan menjadi huru hara,
dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan.
Juga terjadinya peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut.
Dan keadaan ini berterusan sehingga ke zaman kita sekarang.
Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat.
Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS,
iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya.
Wallahu Alam...
Friday, November 12, 2010
PEMAKAIAN CINCIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AKTIVITI
aktiviti blog
artikel dan semasa
Azanis
BABIES BLINK
BANJIR
BELOW RM200
BELOW RM50
Beuty
Beuty Umaira
cetusan rasa luahan hati
cinta
CMD
daftar blog
Doa
EMILAY
enjin carian
google
hobi
JIHAN
Kak Ton
KAWAII
keagamaan
keindahan Alam
Kek Keju Meleleh Chef Sanif
KENANGAN
KESIHATAN
KORD GITAR
lawak n klakor
LIRIK DAN LAGU
MISI KEMANUSIAAN
Murah
MZ
NICE PICTURE
ORIGINAL
panas-panas gossip
parut
pelik or tah la
persahabatan
Pretzel
program
Promosi
pujangga
radiance
sajak
SALE
SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN
SUKARELAWAN
super slim shape
TAH PAPE TAH
tips-tips
tutorial
unik
UNIKL CARE
urusniaga
2 comments:
thanks atas perkongsian..
hal ni nampak kecil je, tapi sebenarnye tidak sama sekali..
sama-sama..
ilmu yang ada xkemana klau cuma disimpan tuk diri sendiri jew..
apa y ada kita kongsi bersama..
Post a Comment