Thursday, November 18, 2010

CARA BETUL MEMBACAKAN YASIN KETIKA SESEORANG SEDANG NAZAK

Bismillahirahmannirahim..

Assalammualaikum,

DIsini nalin nak buat sedikit pengongsian bersama2 pembaca dan rakan2 semua. mengenai cara y betul membacakan yasin ketika seseorang sedang nazak. pengisian ini diambil dr pengucapan Ustaz Abdullah Mahmud ketika mengadakan cermah beliau mengenai Isra' Mikraj di Surau Darussaadah di Keramat Permai

Menurut Ustaz, mas yarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakar atul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan mas ing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah
nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita
di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk
membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi..

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu'
saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakar atul maut. Dan semoga
kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan
dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amin..

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...