Friday, August 06, 2010

PERSILATAN GERAKAN SUCI MANGKUBUMI

Persilatan Gerakan Suci telah mula bertapak di bumi Malaysia seawal tahun 70an. Mula dibawa dari Tanah Jawa ke Malaysia melalui jalan Tariqah Qadiri-Rifai dan Ahmadiah oleh Ustaz Haji Salleh dan Ustaz Haji Asy’ari. Awalnya dibawa atas nama BUDI SUCI. Ianya telah berkembang hingga ke negeri-negeri di Pantai Timur seperti di Pasir Tumbuh, Kelantan serta di Kg. Atas Tol, Terengganu. Sejak tahun 1980 perguruan ini di bawah bimbingan Guru Al Hadi Warsyono Dato’ Wan Asri Wan Mat, ianya dikenali semula sebagai Seni Silat Gerakan Suci. GAW Dato’ Wan Asri juga memberikan beberapa nama baru ke atas Seni Silat Gerakan Suci antaranya Seni Silat Baji Bumi dan Seni Silat Pasak Bumi.

Guru-Guru Mursyid Seni Silat Gerakan Suci iaitu Kiai Hj. Hussein Banjar (Senopati), Kiai Hj. Salleh Sumatera (Pamungkas), dan Syeikh Abdul Wahid Abdullah adalah pembawa aliran Qadiri-Rifai Gerakan Suci yang asal di Tanah Jawa. Mereka telah menetap di Makkatul Mukarramah, mengabdikan diri sebagai Abid kepada Yang Maha Esa.

Menurut Guru-Guru Mursyid, aliran Gerakan Suci ini berakar tunjang dari Tariqat Qadiri Rifai ( Syeikh Abdul Qadir Jailani ) yang kemudiannya dibawa ke Tanah Jawa oleh Syeikh Hussein Jamadul Kubra. Tariqat ini dikembangkan dalam bentuk amalan-amalan Sufi dan kebatinan. Kebanyakannya memberikan penumpuan kepada Jurus Nafas ( Pernafasan Tenaga Dalam ) dan Jurus Gerak ( Gerak Pencak Setrum ). Amalan-amalan ini dikembangkan lagi oleh Syeikh Nuruddin Fathillah Syarif Hidayatullah serta wali-wali songo yang lain.

PERSILATAN GERAKAN SUCI MANGKUBUMI



Aliran Gerakan Suci ini di bawah bimbingan Guru Pendekar Utama Hj Wan Kamarulzaman Wan Abd Aziz dinamakan Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi atau ringkasnya PGSM. PGSM adalah merupakan gabungan Pencak Silat Setrum Gerakan Suci beserta dengan buah-buah fizikal dalam Persilatan Mangkubumi yang berasal dari Mataram yang pernah dibawa oleh Sayyidin Pangeran Mangkubumi Hamengku Buwono Senopati Khalifatullah.

Sukatan Senopati Gerakan Suci Mangkubumi ini dibahagikan kepada 5 peringkat Kesatria:

1. Kesatria Panatagama = Bengkung Hitam

2. Kesatria Kinunjara = Bengkung Kuning

3. Kesatria Muktiwibawa = Bengkung Hijau

4. Kesatria Piningit = Bengkung Coklat

5. Kesatria Kinasihing Dewa = Bengkung Merah



Kesemua 5 peringkat ini mempunyai amalan yang pelbagai yang dirumuskan dalam Senopati dan Pamungkas. Murid yang berjaya melepasi Tahap Empat atau Kesatria Piningit ( Tahap Jurus Kebatinan dan Tenaga Dalam ) akan diberikan Tauliah Jurulatih sementara murid yang melepasi Tahap Lima atau Kesatria Kinasihing Dewa ( Tahap Zat Jurus ) akan diberikan Ijazah Perguruan.

Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi ( PGSM ) telah berkembang cergas di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Melaka. Sehingga kini keahlian PGSM telah meningkat kepada seramai hampir 10,000 orang. PGSM mempunyai cawangan-cawangan sebagaimana berikut:

1. PGSM Cawangan Merchang, Terengganu ( Gelanggang GPP Utama ).

2. PGSM Cawangan UniKL MFI, Bandar Baru Bangi, Selangor.

3. PGSM Cawangan Tmn Asa Jaya, Kajang, Selangor.

4. PGSM Cawangan Bandar Seri Putra, Selangor.

5. PGSM Cawangan UniKL MICET, Alor Gajah, Melaka.

6. PGSM Cawangan Bukit Marak, Kelantan.

7. PGSM Cawangan Pengkalan Chepa, Kelantan.

8. PGSM Cawangan Pra-Akademi Islam, Nilam Puri, Kelantan.

9. PGSM Cawangan Maahad Tahfiz, Pasir Mas, Kelantan.

10. PGSM Cawangan UniKL BMI, Gombak, Selangor.

11. PGSM Cawangan Tmn. Kantan Permai, Kajang, Selangor.

12. PGSM Cawangan Tmn. Sri Indah, Kajang, Selangor.

13. PGSM Cawangan Tmn. Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

14. PGSM Cawangan Cheras Perdana, Cheras, Selangor.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOMEN PELAWAT

Daisypath Anniversary tickers ads
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...